Kelindan Lori Maut ,Lori Balak Terbalik Di LPT

KUANTAN – Seorang kelindan lori balak maut selepas kenderaan berat itu terbalik di Kilometer 228.1 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang di sini menghala ke Kuala Lumpur petang tadi.

Jurucakap Anih Berhad selaku syarikat konsesi pengendali LPT Fasa 1 ketika dihubungi berkata, nahas kira-kira pukul 5 petang tersebut menyebabkan kelancaran trafik di laluan tersebut tergendala kira-kira sejam selepas kejadian.

“Difahamkan, kelindan treler lori balak jenis Scania yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu yang juga belum dikenal pasti identiti pula cedera parah.

“Kayu balak turut berselerak di atas laluan. Beberapa pengguna lebuh raya juga ada yang turut membantu petugas lebuh raya untuk mengalihkan kayu balak bagi melancarkan semula aliran trafik,” ujar jurucakap itu.

Tambahnya, Anih turut membuka laluan kontra di tempat kejadian bagi membolehkan laluan kekal lancar meskipun kenderaan masih bergerak perlahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.