KAFA Kecewa Sikap FMLLP

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menempelak sikap membisu Football Limited Liability Partnership (FMLLP) berhubung isu pendaftaran penyerang importnya, Imam L Seydi pada pintu perpindahan pemain Jun lalu.

Menurut Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan berhubung ra­yuan tersebut walaupun sudah berbuat demikian pada 21 Jun lalu.

Sementara itu tambahnya, dalam rayuan tersebut KAFA sudah sedaya upaya mengemukakan syarat yang dikehendaki ba­dan berkenaan untuk meluluskan pendaftaran Seydi.

“Jujurnya KAFA amat kecewa dengan sikap berdiam diri FMLLP apabila mereka tidak memberikan seba­rang respons berhubung per­­­tanyaan yang telah diutarakan sebelum ini.

“KAFA sebagai sebuah badan menguruskan bola sepak ber­hak mengetahui kenapa FM­­LLP membekukan pendaftaran Seydi,” kata­nya lapor Kosmo.

Ismail memberitahu, sikap membisu FMLLP membuatkan KAFA berdepan masalah untuk membayar gaji Seydi dan Alessandro Celin.

Menurutnya lagi, ketika ini KAFA terpaksa membayar gaji Seydi dan Celin kerana kedua-dua mereka sudah terikat de­ngan kontrak bersama Kelantan.

“Jika kita dapat tahu status Seydi, maka KAFA dapat membuat keputusan mengenai pemain tersebut,” ujarnya.

Katanya, KAFA amat memerlukan khidmat Seydi untuk memperkasakan lagi jentera serangan Kelantan.

Kelantan kini berdepan krisis ketumpulan jentera serangan selepas kehilangan Mohammad Ghaddar yang berpindah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kehadiran penyerang baharu, Abou Bark El-Mel atau Bako di­lihat masih belum mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ghaddar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.