Haram Penggunaan Iklan Kadbod, Patung Papar Wajah Wanita Kata Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menjelaskan penggunaan iklan kadbod, patung plastik atau seumpamanya yang memaparkan wajah serta tubuh wanita adalah haram di sisi agama Islam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan mengenai ‘pencabulan’ terhadap kadbod gadis Shell yang heboh baru-baru ini, seperti memetik laporan Awani.

Menurutnya, semua pihak seharusnya sedar kesan negatif yang timbul seandainya iklan sebegitu tular dalam masyarakat negara ini.

“Haram iklan berkenaan lebih-lebih lagi ia menjadi keghairahan. Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh.

“Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu,” katanya.

Sehubungan itu menurut Harussani, penggunaan patung terutama kepada kanak-kanak dibolehkan dan konsepnya berbeza berbanding muka wanita dalam iklan berbentuk sedemikian.

“Untuk kanak-kanak patung sebagai permainan boleh menenangkan mereka daripada menangis dan mengganggu ibu bapa yang sedang bekerja, jadi ia dibolehkan.

“Ia termasuk poster atau papan iklan di lebuh raya misalnya yang memberi mesej keselamatan pemandu kenderaan, itu juga boleh,” katanya.

Terdahulu, pihak Shell sudah pun menarik balik iklan poster kadbod memaparkan wajah Nor Shafila Khairusalleh selepas aksi kurang sopan beberapa lelaki dengan kadbod tersebut menjadi tular baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.