Gadis Ini Hampir Buta Akibat Tonton Drama Korea Terlalu Lama

GARA-gara menonton drama Korea terlalu lama, seorang gadis berusia 20 tahun di China nyaris buta dan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital.

Gadis itu menghabiskan masa cuti hujung minggu dengan menonton dua drama bersiri sekali gus iaitu Cheese In The Trap dan Descendants of The Sun.

Disebabkan dia tidak makan dan tidur, gadis itu hanya `melekat’ di tabletnya sambil menonton drama berkenaan.

Selepas habis menyaksikan drama marathon itu, dia mengalami pedih mata, kabur penglihatan dan sakit kepala.

Sebaik sahaja mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan bahawa dia mengalami acute glaucoma dan bernasib baik kerana tidak buta.

Dengan rawatan segera, dia kini sedang menjalani pemulihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.