Fiza Harap Jodoh Bersama Suami Baharu Kekal

Pelakon, Fiza Halim yang berkahwin dengan seorang juruterbang syarikat penerbangan Malindo Air bernama Aizat Al Jefri Abd Kuddus yang juga seorang duda anak dua berharap hubungannya kekal sebagai isteri.

“Saya bersyukur dan lega kerana Tuhan berikan lagi peluang untuk berasa bahagia meskipun saya sering dicaci dan dilemparkan pelbagai tohmahan sewaktu bergelar seorang janda. Saya anggap ini adalah rezeki yang Allah berikan kepada saya kerana tidak mudah melatah sepanjang diuji.

“Ini bukanlah perkahwinan pertama untuk saya dan suami, jadi masing-masing sudah ada pengalaman sebelum ini. Kegagalan rumah tangga yang lalu membuatkan kami banyak belajar daripada kesilapan serta kelemahan diri dan lebih menghargai pasangan.

“Harapan kami berdua biarlah ini perkahwinan kami yang terakhir sebelum menutup mata dan saya harap semua pihak turut mendoakan agar jodoh kami berkekalan hingga ke syurga,”katanya seperti memetik laporan Kosmo.

Mengulas mengenai keterbukaan hatinya menerima pasangannya Fiza berkata semua itu adalah gerak geri daripada Allah s.w.t.

“Semua pertanyaan itu saya tidak mampu jawab kerana semuanya digerakkan oleh Allah. Saya terima ketentuan bahawa ditakdirkan menjadi isteri lagi, sekali gus mencuba yang terbaik,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.