Beckham Beri Penjelasan, Dikritik Muat Naik Gambar Bercium Mulut Dengan Anak

Gambar bintang bola sepak, David Beckham mencium mulut anaknya, Harper, 7, menjadi tular di laman sosial sekali gus mengundang kritikan dunia.
 
Menjawab kritikan tersebut, Beckham, 40, menerusi Facebook Live tampil menjelaskan keadaan sebenar, lapor BBC.

“Saya dikritik kerana mencium anak perempuan saya di mulutnya, hakikatnya saya cium semua anak saya di mulut.

“Tapi mungkin tidak bagi Brooklyn (anak sulung) kerana dia sudah berusia 18 tahun. Kalau berbuat sedemikian saya akan rasa janggal!

“Tetapi ini cara saya dan Victoria dibesarkan dan saya mempraktikkan perkara sama kepada anak-anak saya.

“Kami ingin tunjukkan betapa sayangnya kami kepada mereka, mahu melindungi mereka dan mengambil berat akan mereka. Apa sahaja demi kasih sayang kami untuk mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.