Penulis Blog Dipenjara 4 Minggu Hina Kristian, Muat Naik Imej Lucah

SINGAPURA – Penulis blog, Amos Yee pada Isnin dijatuhkan hukuman penjara selama empat minggu selepas didapati bersalah kerana menghina agama kristian dan memuat naik imej lucah.

 

Remaja berusia 16 tahun itu telah direman lebih 50 hari dan sabitannya adalah bertarikh pada 2 Jun lalu, bermakna dia dibebaskan.

 

Yee didapati bersalah terhadap kedua-dua kesalahan itu pada 12 Mei lalu.

 

Sejak penahanannya pada Mac lalu, dia berkali-kali melanggar syarat ikat jamin dan tidak mahu bercakap dengan pegawai pemulihan.

 

Dia direman di Institut Kesihatan Menal sejak dua minggu lalu bagi pemeriksaan psikiatari bagi menilai keadaannya untuk Rawatan Perintah Wajib (MTO).

 

Mengikut undang-undang, sesiapa yang didapati bersalah mengeluarkan kenyataan dengan niat tidak sensitif terhadap perasaan agama tertentu boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

 

Sesiapa yang didapati bersalah mengedarkan bahan lucah boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau denda, atau kedua-duanya sekali.

 

Pada Ahad, seramai 500 orang berhimpun di Hong Lim Park bagi mendesak pembebasan Yee. – The Straits Times/Asia News Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.