Palanivel Dihalang Jalankan Tugas Presiden MIC

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injuksi interim yang menghalang Datuk Seri G. Palanivel daripada menjalankan tugasnya sebagai presiden MIC.

 

Injuksi interim itu diberikan oleh pesuruhjaya kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

 

Ia menghalang Palanivel daripada menggelarkan dirinya sebagai presiden parti, mengadakan mesyuarat atau meluluskan resolusi bagi pihak MIC.

 

Permohonan itu difailkan oleh pengerusi cawangan Ampang Jaya, Datuk N. Maneanay @ Muneandy pada 2 Julai lalu selepas beliau mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) interim MIC 2009.

 

Beliau berkata, permohonan itu difailkan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan anggota MIC, terutama pengerusi cawangan.

 

“Saya bertindak di atas kapasiti peribadi kerana anggota-anggota keliru mengenai apa yang telah berlaku. Sebagai pengerusi cawangan, saya merasakan saya perlu berbuat sesuatu,” kata Manaeanay pada sidang media, Isnin.

 

Terdahulu, Palanivel dilaporkan berkata, pencalonan untuk cawangan akan diadakan pada 15 dan 16 Julai, dan pemilihan dari 24 hingga 26 Julai.

 

Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata, CWC telah memutuskan bahawa pencalonan untuk cawangan akan diadakan pada 10 hingga 12 Julai, dan pemilihan dari 20 hingga 26 Julai. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.