Netizen Berang Tindakan Wanita Letak Kereta Di Parking OKU

KUALA LUMPUR – Satu foto kereta jenis BMW 3 series yang diletakkan pada petak parking khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menimbulkan kemarahan netizen setelah tersebar di media sosial.

 

Gambar berkenaan dimuat naik oleh pengguna Facebook Jeng Yean Won melalui akaun Facebooknya tiga hari lalu.

 

Jeng melalui kapsyen gambar berkenaan berkata, ketika berdepan dengan pemilik kereta berkenaan dan meminta dia mengalihkan kenderaannya untuk diletakkan di petak kosong berhampiran dengan sopan, namun wanita berkenaan hanya menjawab “Ya saya tahu, saya selalu parking di sini. Saya nak cepat”.

 

Jeng berkata, selepas berkata demikian wanita berkenaan kemudiannya terus berlalu pergi meninggalkan Jeng.

 

Posting mengenai insiden itu mendapat 27,600 like dan dikongsikan sebanyak 27,000 kali serta mendapat pelbagai respons negatif.

 

“Ya, sesiapa yang nak sangat letak kereta pada parking OKU, hanya perlu jadi seorang OKU. Apa yang mereka perlu lakukan cakap sahaja, saya tak kisah untuk tolong patahkan kaki mereka,” kata seorang pengguna facebook, Michael Ong.

 

“Nak cepat untuk jadi terencat akal agaknya. Paling bodoh,” komen seorang lagi pengguna facebook Aaron Cheah.

 

Bagaimanapun terdapat pengguna Facebook yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan gambar berkenaan sebagai bukti.

 

“Boleh tak polis Malaysia saman berdasarkan bukti foto?” soal seorang pengguna Facebook, Danny Lee.

 

“Beritahu pengawal keselamatan untuk kunci roda kereta berkenaan. Kunci keempat-empat roda,” komen seorang lagi pengguna Facebook Kevin J.K. Lim. – THR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.