MyKad Yang Dijual Kepada Warga China Disahkan Palsu – KP JPN

PUTRAJAYA – Kesemua MyKad yang didakwa dijual kepada warganegara China seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar hari ini adalah palsu, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, semakan rekod JPN mendapati maklumat seperti nombor kad pengenalan, gambar dan cap jari pada MyKad yang terlibat dalam laporan tersebut tidak wujud.

 

“JPN mengesahkan semua MyKad yang terlibat dalam laporan akhbar bertajuk ‘RM1.3 juta Beli MyKad’ adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh JPN,” katanya.

 

Laporan akhbar hari ini menyebut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini dan menahan tiga individu yang sedang memproses MyKad baharu untuk seorang ahli perniagaan warga China.

 

Sulaiman berkata, semua kesalahan itu adalah mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan yang merupakan perbuatan jenayah dan boleh ditangkap.

 

Jika sabit kesalahan akan dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.