Bapa Saudara Kanak-Kanak Mangsa Dera Ditahan Bantu Siasatan

KOTA BARU – Dua orang bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang pada 24 Jun lalu turut ditahan.

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kedua-duanya ditahan di sekitar sini beberapa hari lepas untuk membantu siasatan kes berkenaan.

 

“Setakat ini kita telah menahan empat orang iaitu dua orang bapa saudara,  ibu tiri dan bapa kandung mangsa,” katanya kepada pemberita di sini malam Ahad.

 

Beliau berkata 21 kenyataan turut diambil sementara kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

 

Kanak-kanak tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.