Video : Saya Takut Dengan Sikap Hasad Dengki Orang Melayu – Fizo Omar

Bangi – Pelakon Fizo Omar sekali lagi tampil menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan berhubung tudung Fareeda ekoran pelbagai fitnah antara mana-mana pelanggan yang mahu ke butik itu perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian.

“Isu slip gaji ini pada saya tidak masuk akal dan satu benda yang kelakar.

“Apabila ada sesetangah pihak cuba menjejaskan reputasi (perniagaan tudung) Fareeda itu sendiri dengan mengatakan apabila nak masuk ke butik Fareeda Eksklusif kena menunjukkan slip gaji.

“Kononnya hanya orang yang ada duit sahaj boleh beli (tudung jenama) Fareeda” ujarnya ketika ditemui oleh wartawan Suara TV.

Beliau menjelaskan isu tersebuttelah dimanipulasikan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya Fareeda menerima kehadiran semua pelanggan yang berminat dengan tudung Fareeda sesuai dengan kemampuan mereka tanpa mengenakan apa-apa syarat.

 

Mengulas lanjut mengenai isu-isu yang sering dibangkitkan, beliau nyata kesal dan terkilan dengan sikap segelintir masyarakat khususnya orang Melayu yang adakalanya dengki dengan kejayaan produk anak tempatan.

“Kenapa bila jenama luar negara dirampas, kita tidak membangkitkan sebarang isu, contohnya seperti Adidas, Nike.

“Bila jenama-jenama (tiruan) ini dirampas tidak seorang pun yang (mempersoalkan) tindakan tersebut” ujarnya lagi.

Namun menurutnya apabila pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap produk tiruan yang dimiliki oleh orang Melayu, pelbagai kritikan dilemparkan antara ingin menutup rezeki orang lain, tidak hati perut dan sebagainya.

“Masyarakat sepatutnya menyokong produk tempatan dengan membeli yang original.

Menurut Fizo, beliau tidak takut dengan bersaing dengan bangsa lain, namun takut dengan sikap hasad dengki yang ditunjukkan oleh segelintir orang Melayu.

“(Adakalanya) itu yang menyebabkan anak Melayu tidak boleh pergi jauh disebabkan sikap anak bangsa kita sendirinya” ujarnya sayu.

 Mengenai isu harga tudung Fareeda mahal, Fizo menjelaskan butik Fareeda tidak pernah menjual tudung yang berharga sekitar RM 300 – 400.

“Sekiranya anda faham dengan maksud eksklusif, pasti tidakada yang akan mempertikaikan harga kami.

“Tudung kami ada yang dibawah harga RM100 dan saya boleh katakan maksimum (paling tinggi) dibawah harga RM200.

Ini kerana menurutnya harga tersebutbergantung pada ‘material’ dan ‘design’ yang dikeluarkan.

Contohnya seperti jenis kain kerana ada kain yang dibeli dari Italy dan Istanbul, maka sudah tentu harga jualannya agak mahal.

“Malah saya pernah dengar ada (pelanggan) yang mengatakan dia membeli tudung Fareeda dengan harga RM1,000.00.

“Pada saya orang hanya tahu bercakap, tetapi tidak mengetahui apa situasi yang berlaku di (butik) Fareeda” ujarnya lanjut.

Menurut Fizo lagi, sekiranya ada harga tudung Fareeda dijual dengan harga yang mahal ia adalah disebabkan tindakan sesetengah ‘reseller’ yang tidak bertanggungjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.