Ketua Isis, Abu Bakr Masih Hidup, Dakwaan Dibunuh Tidak Benar

KHABAR angin yang mendakwa ketua kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), Abu Bakr al-Baghdadi telah dibunuh adalah tidak benar apabila dia muncul dalam satu rakaman khutbah Jumaat.

Rakaman yang dibuat di Masjid al-Nouri di Mosul, utara Iraq dimuat naik selepas 24 jam Abu Bakr didakwa telah meninggal dunia dalam serangan.

Abu Bakr dilantik sebagai ketua Isis iaitu sebuah kumpulan jihad yang telah berjaya merampas beberapa kawasan di Iraq dan Syria.

Dalam khutbah tersebut Abu Bakr dilaporkan telah meminta umat Islam supaya taat kepadanya dan berjihad.

Menurutnya, dalam perjuangan Isis, dia tidak mencari kedudukan sebagai ketua, atau pemimpin, yang disifatkan sebagai “beban”.

“Saya ketua anda, walaupun saya bukan yang terbaik di antara kamu. Jadi jika anda melihat bahawa saya betul, sokonglah saya dan jika anda melihat bahawa saya salah, menasihatilah saya,” katanya kepada jemaah.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/07/06/abu-bakr-hidup/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.