Dua Pekerja Kimpalan Maut, Terjatuh Dalam Tangki Besar

BINTULU: Dua pekerja warganegara Filipina yang sedang membuat kerja-kerja kimpalan di atas tangki kilang minyak sawit di Tanjung Ki­durong maut setelah terjatuh ke dalam tangki besar sedalam 40 kaki itu pada jam 9.16 malam kelmarin.

Mangsa dikenal pasti Jer­emy Ogolan, 24, manakala seorang lagi mangsa yang belum dipastikan umurnya ialah Rudolfo Jr. Batian.

Pasukan bomba tiba di loka­si kejadian jam 9.50 malam selepas Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kidurong mengenai kejadian itu.

Seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Rosli Salim bersama sebuah jentera Scania bergegas ke tempat kejadi­an untuk menyelamatkan mangsa.

Bomba berjaya mengelu­arkan dua mangsa yang ter­perangkap dengan membuka salur injap tangki berisi air berkenaan.

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.03 malam dan ambulans dari Hospital Bintulu turut berge­gas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Hasil pemeriksaan para­medik mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ahmad Rosli semasa dihubungi mengesahkan mengetuai op­erasi menyelamatkan mangsa tersebut dan menjelaskan mangsa sedang membuat kerja-kerja kimpalan sebelum terjatuh ke dalam tangki berisi air yang belum beroperasi di kilang tersebut.

http://www.theborneopost.com/2014/07/06/dua-pekerja-kimpalan-maut-terjatuh-dalam-tangki-besar/#ixzz36gKlMQzK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.