Siapa akan bela ‘ibu’ kepada semua aset negara ini? – Pas bimbang nasib Petronas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari meluahkan rasa bimbang dengan nasib Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang baru mengumumkan untuk mengurangkan lebih 5,000 pekerja dan bekukan pengambilan sampai hujung 2026.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan persoalan, siapa akan membela ‘ibu’ kepada semua aset negara ini?

“Petronas baru umum nak buang lebih 5,000 pekerja dan bekukan pengambilan sampai hujung 2026. Hello? Ini bukan syarikat kampung. Ini syarikat milik negara. Tapi kerajaan macam tak kisah langsung. Janji dapat RM32 bilion dividen, semua settle.

“Saya dah bangkitkan isu ini berkali-kali dalam Parlimen dan luar Parlimen. Pada 13 November tahun lepas, saya tanya dalam Dewan pasal hala tuju rundingan antara Petronas dan Petros.

“Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said jawab kononnya semuanya akan utamakan kepentingan nasional . Saya tiada masalah dengan Petros, tapi persoalan kita apa jadi dengan Petronas selepas ini? Siapa nak bela ‘ibu’ kepada semua aset negara ni?

“Lepas tu, Februari lepas, saya ulang lagi dalam media bila kerajaan terus kaut dividen Petronas walaupun untung syarikat jatuh, itu tindakan bodoh dan gelojoh, macam sembelih angsa bertelur emas.

“Sekarang apa jadi? CEO Petronas sendiri kata kalau tak ‘rightsize’ sekarang, Petronas mungkin lenyap dalam 10 tahun. Tapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan geng masih dok bangga cerita pelabur yakin, ekonomi kukuh, semua kononnya terkawal.

“Stabil apa kalau syarikat sebesar Petronas pun tengah berjimat sampai buang pekerja? Nak lagi sedih, pekerja ribuan bakal kena buang, tapi tak nampak langsung pelan kerajaan nak bantu mereka. Tak ada pakej bantuan, tak ada pelan penempatan semula. Menteri pun senyap. Macam tak jadi apa-apa,” bidas Fadhli.

Menurut beliau, kalau ini bukan tanda kecuaian pengurusan ekonomi negara, kita nak tunggu sampai Petronas runtuh betul-betul baru nak menyesal?

“Nampak hilang arah tuju pentadbiran PMX ini. Berehatlah dulu, tumpukan kepada kes saman Yusuf Rawther.

“Rosak negara jika dibiarkan terus begini,” gesa Fadhli.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat