KPDN benarkan peniaga kecil guna LPG subsidi buktikan MCA tak kritik untuk main politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengumuman terbaharu Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali yang membenarkan peniaga mikro dan kecil makanan dan minuman untuk terus menggunakan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi buat sementara ini amat dialu-alukan

Justeru, MCA berterima kasih kepada Menteri KPDN atas keprihatinan beliau kepada rintihan rakyat dan golongan yang terjejas oleh Ops Gasak.

Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata, ini juga secara langsung membuktikan bahawa isu yang dibangkitkan MCA ada asasnya, dan MCA tidak bermain fitnah atau melempar kritikan semata-mata untuk agenda politik, tetapi sebaliknya bersuara demi kepentingan rakyat bersandarkan fakta dan realiti di lapangan.

Hal ini susulan, ditegaskan bahawa memang benar Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) dipinda pada tahun 2021 dan berkuatkuasa sejak 15 Oktober 2021, tetapi tiada penguatkuasaan secara keras dan meluas seperti yang berlaku dalam Ops Gasak yang bermula 1 Mei 2025.

“Sebelum ini, peniaga kecil dan sederhana (PKS) telah meluahkan kebimbangan dan rasa tidak puas hati apabila diserbu penguatkuasa KPDN walaupun Menteri KPDN telah memberi jaminan bahawa mereka masih dibenarkan mendapat bekalan gas LPG bersubsidi.

“Kekeliruan juga timbul apabila Petronas didapati melarang pembekalan tong gas LGP bersubsidi kepada premis komersial, yang bercanggah dengan jaminan Menteri KPDN.

“Maka, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Naib Presiden MCA Datuk Lawrence Low antara yang terawal membangkitkan isu ini sambil menggesa Menteri KPDN memberi penjelasan. Sehingga video yang disiarkan mencecah 2 juta tontonan setakat ini.

“Kini, atas hasil usaha berterusan mereka bersama pemimpin-pemimpin MCA termasuk sayap Pemuda dan Beliawanis MCA serta orang ramai, KPDN terpaksa akur dan akan membuat pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Choo Seong lagi, kebenaran Menteri KPDN kepada golongan peniaga kecil makanan sudah tentu menenangkan debaran hati mereka, di samping memastikan para pengguna tidak dibebankan lagi oleh kenaikan harga barangan yang semakin meningkat akibat keadaan ekonomi global dan dasar-dasar rasionalisasi subsidi kerajaan.

“Tinggal lagi, KPDN perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung garis panduan ini serta menerangkan siapakah sebenarnya yang tergolong dalam kategori perniagaan jualan dan makanan berskala mikro dan kecil yang dimaksudkan.

“Ini penting bagi mengelakkan kekeliruan bukan sahaja dikalangan peniaga, tetapi juga pasukan penguatkuasa yang bertugas dilapangan.

“MCA akan terus memantau isu ini demi kebaikan semua, dan meneruskan peranan kami sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan selaras dengan slogan #TeamRakyat yang digerakkan oleh Pemuda MCA,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat