Mengapa PIBG SMJK dan SMC takut dengan pengunaan bahasa melayu? – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh mempersoal mengapa Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SMC) di Pulau Pinang takut dengan pengunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam satu kelas sahaja.

Tegas Akmal, bahasa belayu adalah kebangsaan di negara ini.

“Kenapa takut sangat dengan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di satu kelas sahaja?

“Isu ini,kita kekal menyokong sepenuhnya polisi yang dilakukan oleh kementerian Pendidikan

“Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan negara ini

“Fullstop”, tegasnya menerusi catatan Facebooknya, pada Khamis.

Terdahulu, Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kata mereka, sekolah separuh kerajaan jenis Cina itu mendakwa hampir semua ibu bapa di sekolah mereka menentang dasar itu dan enggan memasukkan anak mereka ke dalam kelas.

Mereka juga menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal Program Dwibahasa (DLP) dalam Sains serta Matematik.

Pada masa ini, Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah itu.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat