PAU pentas sandiwara, akan lebih ‘dramatis’ untuk halalkan tindakan songsang Umno – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula esok adalah pentas sandiwara bagi menghalalkan semua tindakan songsang UMNO sebelum ini.

Menurutnya, ia akan lebih dramatis kerana pereka-pereka naratif sedang sibuk menciptakan naratif setelah UMNO kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.

“Wayang di pawagam sebelum ini dah senyap sepi. Sambutan sangat kurang, malah jadi bahan cemuhan orang,

“Minggu ini bermula pula satu lagi pentas sendiwara. Yang ini lagi mahal kosnya. RM4-5j hanya untuk 3 hari pementasan.

“Dulu pernah mencecah RM15juta, skrip sendiwara semua diatur, pelakon dipilih dan diarah. Malah susunan tempat duduk dan pasukan sorak pun di atur.

“Kali ini di jangka lebih dramatis. Pereka-pereka naratif sedang sibuk menciptakan naratif untuk menghalalkan semua tindakan songsang sebelum ini.

“Kalau dulu Cikgu mengawal skrip dibelakang tabir, kali ini cikgu mungkin tampil sendiri dengan megah meraikan kejayaan dan kepintaran beliau kembirikan muridnya. Cikgu sudah perolehi kuda tunggangan yang boleh di pecut laju ikut ARAHAN.” tulis Annuar Musa di Facebooknya pada Selasa.

Kata Annuar lagi, setelah kalah dibelasan teruk di kawasan Parlimen dan Dun UMNO bertanding, ahli-ahli UMNO terpaksa datang ke PAU dengan muka bengkak dan mereka akan cuba senyum serta bertepuk tangan dengan naratif yang dicipta yang mana mereka sendiri tidak yakin.

Mereka (ahli UMNO) tidak salah, tetapi terpaksa pikul beban. Namun tidak seorang pun dari mereka boleh bersuara kerana takut, dan mereka hanya hadir bagi memenuhi jemputan serta makan-makan sahaja, ujar Annuar lagi.

Kata Annuar lagi, rakyat sebenarnya tidak lagi hairan dengan PAU ini kerana tidak seperti dahulu.

“Diluar panggong, rakyat langsung tak pandang dengan pementasan ini. Tidak seperti dulu.

“Malah rakyat menunggu-nunggu untuk menghukum mereka sekali lagi pada July/Ogos ini…..”. Katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat