Khairy Dedah Bung Moktar ‘Penentang’ Usaha Kerajaan Larang Rokok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mendedahkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai ‘penentang utama’ dalam usaha kerajaan melarang aktiviti merokok.

Khairy di “Instagram Storynya” memuat naik foto Bung Moktar dan melabel beliau sebagai penentang kepada kesihatan awam.

“Musuh kepada kesihatan awam. Mahu menentang undang-undang kawalan produk rokok. Bangkang ketika saya jadi Menteri Kesihatan. Sekarang juga masih menentang.

“Malah mengatakan rokok bukan penyebab kanser.Nasib baik Sabah tak jatuh kat kamu (Bung Moktar),” bidas Khairy pada Selasa.

Terdahulu pada 11 September 2022, Khairy pernah berharap Sabah turut menyokong akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2007.

Menurut Khairy, beliau akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 pada sidang Parlimen akan datang sebagai usaha memastikan generasi muda tidak terjebak dengan tabiat merokok.

“Semasa pembentangan pindaan RUU berkenaan, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada Sabah menyokong kerana ini untuk kebaikan masa depan negara kita.

“Penyebab utama kematian di negara kita adalah penyakit jantung dan kanser paru-paru… saya ada bertanya kepada pakar apa penyebab penyakit itu dan jawapannya adalah rokok. Oleh itu, kita kena menyelasaikan masalah ini,” katanya.

Meskipun pada ketika itu Khairy tidak menamakan Bung Moktar namun hari ini beliau mendedahkan penentang berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat