Pemandu Mabuk Langgar Suami Isteri OKU Direman Esok

- Advertisement -

JASIN – Pemandu Perodua Myvi yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan merempuh pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) dalam kemalangan maut di Jalan Serkam Pantai, di sini, akan direman esok.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata, lelaki berusia 24 tahun itu yang juga pekerja kilang akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin, untuk mendapatkan tempoh tahanan reman.

“Permohonan reman terhadapnya akan dibuat esok di mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Selain itu, polis juga sedang menunggu laporan penuh ujian alkohol daripada pihak hospital,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi tadi, Perodua Myvi terbabit turut merempuh motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun dan menyebabkan ia terbabit terbakar selain penunggangnya mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, pasangan OKU dan lelaki berusia 57 itu dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Merlimau manakala Perodua Myvi terbabit dari arah bertentangan. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat