Mangsa Pandemik Covid-19 Boleh Mohon Bantuan Khas Nadma – Mastura

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Agensi Pengrusan Bencana Negara, (NADMA) menyediakan Bantuan Khas Pandemik Covid-19 kepada mereka yang terkesan dengan pandemik ini sama ada terpaksa menjalani kuarantin kerana positif atau ahli keluarga meninggal kerana covid-19.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid, bantuan Khas ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Bantuan Khas Pengurusan Kematian dan Bantuan Khas Harian.

Sehingga 24 Mei lalu, sejumlah 13,036 orang telah menerima bantuan Seramai 13,036 individu yang hilang pendapatan kerana menjalani kuarantin Covid-19 telah menerima Bantuan Khas Covid-19 sebanyak RM100 sehari, membabitkan peruntukan RM17.693 juta,

Manakala bagi bantuan khas pengurusan kematian, 407 waris telah menerima bantuan khas tersebut yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.035 juta.

“Kita berharap wakil-wakil rakyat, ketua-ketua kampung, penghulu dan pemimpin masyarakat lain dapat membantu rakyat di luar bandar yang berada dalam dua kategori ini membuat permohonan. Ramai yang tidak tahu mengenai bantuan ini dan ramai juga yang mungkin ada masalah untuk akses atas talian,” jelas Mastura ketika dihubungi Suara.Tv petang tadi.

Berikut dua kategori bantuan yang boleh dipohon oleh orang ramai iaitu:

1. Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA

Ia merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

Syarat permohonan adalah seperti berikut :

i. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.

ii. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati

iii. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

2. Bantuan Khas Covid19

Bantuan sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Syarat permohonan adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-1

Pemohon boleh memuat turun borang daripada portal rasmi NADMA www.nadma.gov.my dan menghantar borang permohonan tersebut kepada :

Pemohon boleh memuat turun borang daripada portal rasmi NADMA www.nadma.gov.my dan menghantar borang permohonan tersebut kepada :

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

➢ Alamat E-mel rasmi
[email protected]

➢ Whatsapp
+60 11-1321 8056

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat