Hairul Azreen tak ‘koyak’, poster je pun kena kritik…

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon aksi yang kini bergelar pengarah filem, Hairul Azreen, 33, tidak cepat melatah dan terguris apabila poster filemnya berjudul Ada Hantu dikritik hebat netizen di media sosial.

Hairul berkata dia tahu mengenai kritikan netizen terhadap poster rekaannya itu hingga menjadi topik bualan hangat meskipun filem Ada Hantu belum lagi ditayangkan di platform Disney+Hotstar.

“Memang saya yang reka poster untuk filem ini (Ada Hantu). Tak sangka pula, jadi perhatian netizen untuk mereka bualkan dan kritik di media sosial. Tak apalah, itu pandapat dan pandangan masing-masing.

“Apa yang pasti, saya tahu isu poster filem ini pernah tular. Tapi, mengikut pandangan saya dan beberapa rakan pelakon, kami suka dengan poster berkenaan. Namun, saya sedar ada juga yang tak suka sebab anggap ia kurang menarik.

“Tapi, saya tetap berpuas hati dengan apa yang diusahakan untuk poster itu. Apatah lagi, bagi saya paling utama adalah jalan cerita yang nak disampaikan dalam filem ini da  bukannya poster,” katanya.

Menurut Hairul, selain filem Ada Hantu adalah karya pertama arahannya, namun rekaan poster dibuat juga menjadi petunjuk permulaan filem berkenaan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Baru-baru ini, di media sosial kebanyakan netizen memberi kritikan hebat terhadap poster itu kerana menganggap ia rekaan pelukis amatur dan kurang berkualiti.

Apapun, Hairul yang bersikap positif meminta penonton menyaksikan dahulu filem Ada Hantu itu di platform Disney+Hotstar berikutan jalan ceritanya yang dijamin ada kelainan.

“Saya mohon tonton dahulu filem ini kerana ada elemen kejutan yang dimuatkan. Semoga filem Ada Hantu menerima sambutan baik penonton apabila ditayangkan oleh Disney+Hotstar nanti,” katanya ketika tampil pada sesi sembang secara virtual diadakan Disney+Hotstar.

Hairul yang pernah membintangi  filem Paskal dan Wira sebelum ini, turut berlakon dalam filem itu. Malah, barisan pelakon lain pula ialah Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat