Agihan 150 Ribu Komputer Riba Dijangka Selesai September

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberi jaminan agihan 150 ribu unit komputer riba kepada pelajar dari keluarga B40 melalui insitiaf Cerdik akan diselesaikan pada September 2021.

Tampil menjawab kritikan beberapa pihak mengenai kelembapan pengagihan tersebut, Radzi menegaskan ia berkenaan kesukaran untuk mendapatkan bekalan dengan banyak dalam masa yang singkat dan situasi pandemik.

Bagaimanapun dalam sidang media khas beliau bagi tadi, Radzi menjelaskan setakat ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyerahkan 12,887 komputer riba kepada 12,887 orang pelajar sekolah membabitkan 95 buah sekolah dan 51 Pejabat Pendidikan Daerah.

KPM ketika ini dalam proses mengagihkan 40, 290 unit lagi dalam fasa kedua ini yang dijangka selesai pada 13 Jun 2021.

“Selebihnya 98, 823 unit komputer riba akan diedarkan dan dijangka selesai September nanti,”

Pemberian 150 ribu komputer riba di bawah inisiatif Cerdik ini merupakan sebahagian daripada agenda Belanjawan 2021 yang dbentangkan pada Oktober 2020 lalu membabitkan 150 ribu orang pelajar dari keluarga B40.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul menyatakan bantuan komputer riba percuma kepada pelajar sekolah bertujuan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan bagi meneruskan pembelajaran secara atas talian.

Inisiatif Cerdik adalah kerjasama antara Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional dan Kementeria Kewangan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yayasan Hasanah bertindak sebagai koordinator mendapatkan sumbangan dan komputer riba, manakala Kementerian Pendidikan menguruskan pemilihan dan penyerahan kepada mereka yang layak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat