PKR Umum Tak Bertanding PRK Chini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang dijadual pada bulan Julai depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melalui kenyataan hari ini.

“Umum sedia maklum masalah wabak Covid-19 masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara kita.

“Usaha gigih Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan telah berupaya mengekang penularan yang lebih meluas.

“Pada masa yang sama, dalam konteks kebiasaan baharu, prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka berhubung perjalanan pilihanraya, namun aspek keselamatan dan kesihatan para pengundi pada ketika ini masih menjadi satu kerisauan,” katanya.

Antara alasan yang diberikan oleh Safuddin ialah, kebimbangan parti itu terhadap kesan SOP yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan sepanjag kempen PRK nanti terhadap pengundi.

“Maka, mengambil kira perkara-perkara di atas, KEADILAN dan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa KEADILAN tidak akan meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Chini.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat