PENJANA: Tepat Pada Masanya, Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui laman Facebooknya hari ini, menyokong inisiatif kerajaan membantu rakyat yang terjejas dari segi ekonomi berikutan pandemik Covid-19, seperti dalam pakej ransangan terbaru bernilai RM 35 billion yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Kata beliau, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengklasifikasikan 75% tenaga kerja di Malaysia sebagai anggota kumpulan paling mudah terjejas apabila negara dilanda krisis ekonomi.

Memetik kajian oleh Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Azlan Awang yang mendapati kira-kira 50% isi rumah di Malaysia masih hidup di bawah kadar upah minimum, Zahid berkata, “Saya berpandangan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri petang semalam bersifat ‘people Centric’. Apatah lagi ketika negara sedang berhadapan dengan kadar pengganguran yang dijangka meningkat kepada 5.5% sehingga akhir tahun 2020”.

Ramalan ini kata beliau, membawa maksud sehingga lebih 800 ribu rakyat Malaysia tidak akan mempunyai pekerjaan.

Beliau secara khusus tertarik dengan tiga insentif yang diumumkan semalam bagi membantu rakyat, pekerjaan mereka dan majikan seperti:

1. Perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion. Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang telah dilaksanakan selama 3 bulan telah menyelamatkan 2.2 juta pekerjaan. Saya percaya, program ini juga mampu menyelamatkan lebih ramai rakyat Malaysia dari hilang pekerjaan sepanjang tempoh lanjutan.

2. Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion. Lebih-lebih lagi apabila inisiatif ini mempunyai peruntukan khusus untuk kumpulan berumur 40 ke atas dan OKU.

3. Insentif peningkatan kemahiran untuk pengganggur dan kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan, dan peruntukan RM2 bilion bagi pelaksanaan kursus jangka pendek.

Zahid berharap kerajaan kekal fokus dalam melaksanakan pelan yang telah diumumkan petang semalam.

Tambah Zahid lagi, “Saya berharap agar karenah birokrasi dapat diminimakan bagi memastikan bantuan dan insentif yang diumumkan oleh kerajaan sampai dan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya”.

Zahid turut berkata, “Tiada guna jika insentif bagus, tapi rakyat sukar untuk mendapatkannya.

Diakhirnya, Zahid berharap segala usaha murni kerajaan membantu rakyat dipermudahkan dan negara kekal sejahtera dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,546FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat