Video: Lagu Parodi ‘I’m Malay’ Kritik Melayu, Viral

KUALA LUMPUR – Letih dengan slogan ‘Ketuanan Melayu’ yang sering dilaungkan oleh masyarakat dua pelawak muda, Haikal Idris dan Muzakir Zainal tampil mengkritik melalui lagu parodi ‘I’m Malay’.

Melalui klip video parodi Amili nyayian Lil Wyane yang dimuatnaik di laman Twitter itu, Haikal dan Muzakir turut mengkritik orang Melayu yang menentang perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

“Tak rasis tapi nak AG kita Malay, Tak faham kenapa perlu Ketuanan Melayu, konon nak jaga bangsa biar kita tak merempat, Tapi Melayu yang dah kaya pun diorang dapat, Yang miskin naik saga yang miskin naik Tesla,

“Tapi berapa ramai budak Melayu belum bayar Mara, Melayu tolong Melayu sama-sama Malay, Tapi bila kedai orang untung lebih hantar sihir,” memetik bait-bait lirik di dalam lagu tersebut.

Seterusnya mereka turut mempertikai sikap orang Melayu yang marah dengan gesaan agar Universiti Teknologi Mara dibuka kepada semua kaum.

“UiTM tutup jangan buka ke non malay, Takut yang pandai dekat Malaysia semua orang kafir, Takut nampak salib nanti semua jadi murtad,

“Takut sebut root beer nanti jadi mabuk abjad, Penat susah betul jadi Melayu ni, Nasib baik aku Malay,” ujar mereka lagi.

Sehingga kini klip video parodi itu telah ditonton sebanyak 96.3 ribu dan mendapat retweet sebanyak 4,831 kali.

Sementara itu Haikal melalui ruangan turut berkata dia tidak kisah dengan kritikan yang diberikan oleh segelintir orang Melayu terhadap klip video parody tersebut.

Haikal sebelum ini pernah dikecam kerana menjadikan isu di Kelantan sebagai bahan lawak ketika menyertai program Komediri dua tahun lalu. – SuaraTV

One thought on “Video: Lagu Parodi ‘I’m Malay’ Kritik Melayu, Viral

  • June 6, 2018 at 11:41 am
    Permalink

    Budak2 mcm haikal ni la yg merosakkan bangsa dan agama..
    Yg ilmu kecil tapi rasa macam tahu semua mengenai agama dan sejarah lama..
    konon jadi hero oleh kerana nak glamour..
    Islam bukan pada gst.. islam dlm hati..
    Kalau perkara islam dia keji.. apakah islam akan jadi nnt di malaysia ini?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.