Warga Pukul Budak Ditahan Reman Tujuh Hari

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, mengeluarkan perintah reman terhadap seorang wanita yang dirakam memukul seorang budak perempuan yang videonya viral di Facebook baru-baru ini.

Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 13 Jun ini, dikeluarkan Penolong Pendaftar, Hairol Azhar Mohd Ishak, terhadap suspek berusia 62 tahun itu.

Terdahulu, video yang memaparkan warga emas berkenaan memukul seorang budak perempuan menggunakan penggaru badan tersebar di Facebook.

Berdasarkan rakaman video itu, kejadian dikatakan berpunca apabila budak itu menumpahkan makanan menyebabkan wanita terbabit berang dan bertindak memukulnya berulang kali.

Difahamkan, kejadian di sebuah rumah di Taman Puchong Perdana, Puchong, dekat sini dan dirakam seorang individu yang tidak diketahui identitinya.

Dalam video berdurasi dua minit 50 saat itu juga, wanita berkenaan dilihat memukul budak perempuan berkenaan sehingga lebih 30 kali. AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.