Video: Wanita Ditahan Kes Pukul, Dera Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia kira-kira 60 tahun ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai mendera kanak-kanak berusia enam tahun hingga menyebabkan dia sesak nafas dan mengalami kecederaan di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner, Mohd Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan selepas pengadu, Nathan Danapal membuat laporan polis apabila menerima satu mesej rakaman video berhubung insiden terbabit.

“Mangsa sudah diselamatkan dan wanita berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut dan perkembangan kes itu akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Kanak-kanak malang itu dipercayai menumpahkan nasi hingga menyebabkan wanita berkenaan tidak dapat mengawal kemarahan hingga kanak-kanak berkenaan di pukul dengan kayu sebanyak 30 kali, selain ditendang dan ditampar hingga menyebabkan tangan kanak-kanak itu tercedera.

Video penderaan kanak-kanak terbabit turut tular di laman media sosial sejak tengah hari semalam mendapat perhatian netizen dan mengecam tindakan neneknya yang di anggap melampaui batasan.

Bagaimanapun selepas aduan dibuat dan bantuan ramai yang memviralkan kejadian itu pihak polis telah menangkap suspek dirumahnya di Puchong Perdana malam tadi.

Kanak-kanak malang itu dipercayai bukan ahli keluarga wanita terbabit, sebaliknya mangsa hanya dijaga sementara waktu semasa ketiadaan ibu bapanya yang sedang bekerja. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.