Video: Tak Kisah Siasat Presiden FGV- Isa Samad

KUALA LUMPUR – Presiden Felda Global Venture Bhd (FGV),  Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata beliau bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Menurutnya beliau tidak mempunya isebarang masalah untuk memberikan kerjasama namunpada ketika ini sasatan oleh audit dalaman sedang dijalankan.

“Terserahlah pada SPRM nak masuk (siasatan), masuklah kita tak ada masalah. Buat masa ini kita cuma mengiyakan siasatan audit dalaman.

“Kalau SPRM nak masuk, siapa boleh tandingi kalau dia nak masuk. Kita nampak ada kesilapan sebab itu kita buat siasatan supaya lebih jelas,” katanya ketika ditemui media di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau lagi, satu surat kebenaran bercuti akan diberikan kepada 3 orang pegawai kanan FGV sepanjang tempoh siasatan berlangsung.

TIga orang pegawai ini ialah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Abd.

Terdahulu, permasalah Syarikan FGV ini didakwa mempunyai kaitan dengan urusan kredit Delima Oil dengan sebuah syarikat pembeli minyak sawit daripada luar negara.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.