Video : ‘Muhyiddin Tiada Aura, Tak Layak Jadi Pemimpin’

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Aktivis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin menyifatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) sebagai tiada aura dan tidak layak menjadi pemimpin.

Beliau berkata, Muhyiddin tidak mempunyai aura sebagai seorang presiden dan tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana tidak mendapat kepercayaan ahli yang lain.

“Muhyiddin memang layak jadi presiden
Dia pun tak boleh berunding dalam satu rumah. Kepimipinannya terlalu lemah. Muhyiddin tak ada aura. Dia datang buat ceramah di negeri sembila yang datang tak smpai 100 orang. Aura dia Bergantung kepada Dr Mahathir sahaja.

“Saya nasihatkan rakan-rakan masih dalam bersatu, keluarlah. Sama ada tak ada parti atau masuk parti lain.

“Saya tak ada mana-mana parti sekarang ni
Cuma aktivis masyarakat,”katanya selepas memfailkan saman terhadap Muhyiddin di Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Sehubungan itu, ditanya akan masuk UMNO selepas ini dia menegaskan tidak sesekali menyertai Umno.

“Tak mungkin masuk UMNO balik. Apabila dah keluar UMNO dah buat keputusan takkan kembali kepada UMNO,”katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan akan membawa
Muhyiddin ke mahkamah utk buktikan kebenaran.

“Saya bawa Muhyiddin untuk bercakap dalam mahkamah, cakap dengan fakta. Sebagai pemimpin tak boleh adu domba orang, terus ambil tindakan.

“Bayangkan kalau jadi pm, ada adu domba negara jiran terus halakan meriam tembak,”katanya.

Terdahulu, beliau memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Muhyuddin yang didakwa memfitnahnya.

Mohd. Anas yang sebelum ini mengetuai 500 ahli PPBM Rembau keluar parti pada awal bulan April lalu berkata

Mohd. Anas turut meluahkan kekecewaan kerana perjalanan politik bersama UMNO selama 30 tahun telah dikorbankan untuk menyertai PPBM.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.