Teresa Kok Nafi Terlibat Dalam Jubli Jurusalem

KUALA LUMPUR –  Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam Perhimpunan Jubli Jurusalem.

Dakwanya, beliau tidak tahu menahu mengenai program tersebut yang dirancang berlangsung di Melaka dan tidak punyai keinginan untuk pergi.

Justeru Kok menegaskan beliau langsung tidak tahu-menahu mengenai program berkenaan malah tidak mempunyai keinginan untuk hadir.

“Saya juga berasa hairan dan marah kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengheret nama saya dalam perkara ini.

“Saya percaya, berita palsu yang berlegar ini bertujuan untuk memburuk-burukkan imej DAP dan saya selaku ahli parlimen. Segala tuduhan ini amat tidak beretika dan berniat jahat,” katanya ketika ditemui media tadi.

Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berikutan kes ini yang kini menjadi tular.

Terdahulu sebuah poster mengenai sambutan Jubli Jerusalem tersebar meluas dan mencetuskan pelbagai bantahan, termasuk daripada Umno dan PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.