Tabung Haji Bayar Zakat RM60 Juta

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) melaksanakan pembayaran zakat berjumlah RM60 juta bagi tahun 2016.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, jumlah pembayaran itu meningkat sebanyak RM3 juta berbanding 2015 yang memcatat pembayaran berjumlah RM57 juta.

“Tabung Haji amat berbesar hati dapat melaksnakan kewajipan zakat dan berkongsi rezeki itu dengan golongan yang memerlukan.

“Diharap Tabung Haji dapat meningkatkan pembayaran zakat pada masa akan datang demi kesejahteraan golongan asnaf serta fakir miskin di seluruh negara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sumbangan Zakat Program Ehsan Peringkat Negeri Selangor, di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.