T.O.P Kritikal Akibat Pengambilan Ubat Berlebihan

Artis terkenal Korea Selatan, T.O.P dari kumpulan popular Big Bang tidak sedarkan diri akibat pengambilan ubat secara berlebihan. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi di hospital di Seoul.

T.O.P atau namanya sebenarnya Choi Seung Hyun, kini ditemani oleh ibunya.

Dia sebelum ini ditahan kerana didapati menghisap ganja bersama seorang gadis yang berusia 21 tahun, dikenali sebagai Han di rumahnya di Seoul pada Oktober tahun lepas.

T.O.P telah menjalani latihan mandatori perkhidmatan ketenteraan dan bertugas di balai polis Gangnam, namun dia telah ditukarkan ke balai yang lain susulan kejadian itu.

Bagaimanapun latihan berkenaan ditangguhkan sehingga mahkamah membuat keputusan.

Mengikut undang-undang Korea Selatan, mereka yang menghisap ganja boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga S$61,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.