Si Cilik Hantar Kad Raya Buat Mufti

KUALA LUMPUR ― Mufti Wilayah Persekutuan terharu dan terkejut menerima kad raya “comel” daripada seorang anak kecil.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad memuji kecantikan lukisan kad raya Nayli Nur Zara Mohd Idzhar yang menjemputnya ke rumah pada sambutan Aidilfitri ini.

“Terima kasih juga atas jemputan beraya di rumah adik Nayli. Jika ada kelapangan masa, kami akan singgah memenuhi hajat adik Nayli,” katanya dalam Facebook hari ini, lapor ProjekMMO.

Tokoh agama itu tidak menyangka tradisi mengutus kad raya masih diamalkan dalam era komunikasi seperti Whatsapp dan WeChat.

Beliau terimbau tahun 1990-an apabila kad raya menjadi penghubung utama silaturrahim antara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. 

“Anda di luar sana masih mengamalkan budaya mengutus kad raya sebegini?” katanya, sambil menyampaikan salam pada ibu bapa Nayli.

Sehubungan itu, beliau mengakui tertarik pada surat Nayli itu kerana “seakan ada kelainan” dalam timbunan surat setibanya di pejabat pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.