Sanggup Membujang Demi Ibu

PASIR SALAK – Seorang lelaki berusia 62 tahun sanggup melupakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga semata-mata mahu menjaga ibunya yang menderita penyakit angin ahmar sejak 11 tahun lalu.

Mohd. Hariri Harmin berkata, ibunya, Sabariah Panjang, 81, kini terlantar sakit dan tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri selepas diserang penyakit tersebut di rumahnya di Labu Kubung, Chenderong Balai di sini.

Dia yang merupakan anak sulung daripada lima beradik lelaki berkata, sejak ibunya diserang penyakit itu, wanita itu tidak mampu untuk berdiri dan bergerak.

“Setakat ini, sayalah yang menguruskan semua keperluan ibu termasuk menukar lampin pakai buang, memandikannya, menyuap makanan dan banyak lagi,” katanya yang tidak bekerja kerana menjaga ibunya sepenuh masa, lapor Kosmo.

Ujar beliau, dia bersama ibunya bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat di samping mendapat bantuan daripada adik-beradik lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.