Priyanka Mahu Perlihat Kejayaan Orang Asia

Tatkala filem Baywatch dikritik teruk, Priyanka Chopra tampil memberikan kenyataan tidak berharap karya itu menjadikannya bintang ternama di Hollywood.

Menurut Priyanka, sudah banyak kali dia mendengar penggiat industri perfileman Hollywood mengkritik dirinya tidak sesuai membawakan watak besar di sana.

“Walaupun tak faham apa maksud mereka, saya akan cuba mengubah keadaan itu. Saya akan buktikan warna kulit dan dari mana saya berasal bukan penghalang untuk berjaya di Hollywood,” katanya.

Sepanjang tempoh lima bulan, wajahnya paling banyak dirakam di karpet merah, muncul dalam program bual bicara TV paling popular di Hollywood dan berjaya menjadi perhatian penggiat seni di sana dengan pesona serta bakat dimilikinya.

“Bukan senang orang Asia mencipta nama di Amerika Syarikat tetapi saya sudah membuktikannya dan semoga kita tidak diperkecilkan lagi,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.