PM Lancar TV Digital MyFreeview, 4.2 Juta Dekoder Percuma Untuk Penerima BR1M

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan televisyen terestrial digital, myFreeview.

Pelancaran myFreeview menandakan bermulanya era siaran terestrial digital mengantikan siaran terestrial analog.

Serentak itu, Najib turut mengumunkan penambahan pemberian percuma dekoder myFreeview dari 2 juta kepada 4.2 juta. Decoder berkenaan berharga RM199 seunit.

“Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyediakan sebanyak 2.2 juta set dekoder percuma lagi sebagai tambahan kepada 2 juta set dekoder percuma yang diperuntukkan oleh pihak MYTV, menjadikan keseluruhannya 4.2 juta dekoder percuma untuk isi rumah dalam senarai BR1M.

“Pemberian dekoder percuma ini membolehkan mereka menikmati siaran digital myFreeview yang percuma tanpa yuran bulanan, dan ini adalah satu lagi usaha kerajaan dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat,” kata Najib.

Pemberian dekoder percuma akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga suku ke-2 2018.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Seri Dr. Halim Shafie. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.