Penduduk Bakar Rumah Lelaki Selingkuh Dengan Kakak Kandung Sendiri

Penduduk di Pasar Bengkulu, Kota Bengkulu, Indonesia, telah membakar rumah milik seorang lelaki, Rizal alias Ijal, 35 dan istrinya Santi, 32, selepas Rizal didapati berselingkuh dengan kakak kandungnya sendiri di rumah berkenaan.

Perkara berkenaan terbongkar selepas Santi menyaksikan dengan matanya sendiri di mana suami dan kakak iparnya berada di dalam satu bilik dan sedang melakukan zina.

Santi yang terkejut dan marah, telah mengamuk dengan memukul dua beradik itu. Tangisannya itu didengari oleh jiran tentangga yang kemudian bergegas ke rumah pasangan berkenaan.

Sementara Rizal dan kakaknya, yang dikenali sebagai Yanti, telah melarikan diri melalui pintu belakang dengan menaiki motorsikal. Meskipun dikejar namun mereka berjaya melepaskan diri.

Pada masa sama, Santi yang dalam keadaan histeria itu cuba membunuh diri kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, namun berjaya ditenangkan.

Manakala penduduk yang marah kerana dua beradik itu mengotori kampung mereka telah bertindak membakar rumah terbabit sementara Santi pula dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Santi dan suaminya sudah menetap di rumah berkenaan sejak empat tahun lalu manakala suami Yanti pula adalah nelayan dan tidak berada di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.