Netizen Menyampah Dengan Aedy Ashraf

Ramai peminat meluahkan rasa menyampah dan kurang senang dengan pelakon cilik yang kini meningkat dewasa, Aedy Ashraf.

Semuanya gara-gara watak antagonis bernama Darius yang dibawakan oleh Aedy dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Menerusi laman Instagram Aedy, peminat meninggalkan komen ‘membenci’ lakonan Aedy dalam menerusi drama bersiri tersebut.

Watak Darius nampaknya berjaya dibawakan dengan baik oleh Aedy apabila rata-rata peminat drama bersiri tersebut mengecamnya.

Bagaimanapun ada segelintirnya tidak percaya Aedy berjaya membawakan watak antagonis tersebut dengan cemerlang kerana dulunya Aedy sering membawakan watak baik pada zaman kanak-kanaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.