Kelindan Lori Maut Lori Terbabas

PADANG RENGAS 5 Jun – Seorang kelindan lori maut setelah kenderaan muatan pasir yang dinaikinya terbabas dan terjunam ke tebing jalan setinggi tiga meter dalam kejadian berhampiran kilang simen di sini malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 8.30 malam.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kemalangan, didapati lori 30 tan dari arah Taiping ke Kuala Kangsar itu telah terbabas dan terjunam dari tebing jalan setinggi tiga meter.

“Pemandu lori berjaya keluar dari kenderaan berat itu manakala kelindannya yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan memotong bahagian kepala dan pintu lori tersebut.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.