Harumanis Turun Separuh Harga

KANGAR – Harga mempelam harumanis yang menjadi ikon negeri Perlis jatuh sehingga 50 peratus ekoran kekurangan permintaan pengguna pada bulan Ramadan ini selain pengeluaran yang meningkat berbanding tahun lepas kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali.

Beliau mengakui, harga mempelam harumanis mula jatuh selepas kurangnya permintaan sejak bermula Ramadan.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, ada peniaga yang menjual buah mempelam harumanis hanya RM23 hingga RM25 sekilogram berbanding harga lantai yang ditetapkan iaitu RM26 sekilogram,” katanya, lapor Kosmo.

Harga normal mempelam harumanis di pasaran ialah RM25 hingga RM40 sekilogram mengikut gred dan saiz buah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.