Gara-gara Diejek Bukan `Lelaki Sejati’, Sembilan Orang Maut Ditembak

Gara-gara diejek kerana bukan `lelaki sejati’ seorang lelaki mengamuk dan menembak mati sembilan orang termasuk empat wanita pada satu majis di Tver, Rusia.

Sergey Yegorov, 45, dikatakan meninggalkan meja makan di majlis berkenaan sebelum kembali dengan senapang patah dan melepaskan tembakan.

Sebelum menembak mangsa, dia sempat menjerit :

“Sekarang aku nak tunjuk aku boleh menembak!”.

Satu-satunya mangsa yang terselamat ialah seorang gadis, Marina Volk, 21, yang bersembunyi di bawah kain dan berpura-pura meninggal dunia.

“Terdapat mayat di mana separuh muka mereka meletup. Dia lelaki gila. Dia masuk dan tembak semua orang. Saya tengok dan saya dengar bagaimana dia mengheret mayat-mayat itu,” katanya.

Marina kemudiannya menghubungi polis dan lelaki itu ditangkap.

Sergey adalah seorang juruteknik yang bekerja sementara di Moscow dan pulang ke kampungnya di Redkino untuk melawat ibunya.

Sergey dilaporkan memberitahu polis bahawa dia membunuh mereka semua hanya kerana mereka mempersendakannya disebabkan dia tidak pernah berkhidmat dalam pasukan tentera.

Antara mangsa adalah seorang wanita berusia 90-an yang juga veteran Perang Dunia Kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.