Gadis Berhenti Tepi Jalan, Lahirkan Anak


Seorang pemandu teksi di China baru-baru ini melalui pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila penumpangnnya tiba-tiba melahirkan seorang bayi.
 
Menurut ChinaPress, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang minggu lalu, apabila seorang gadis berusia 15 tahun telah menaiki teksinya dan memberitahu bahawa dia ingin pergi ke hospital, lapor sebuah portal.
 
Setelah separuh perjalanan ke hospital, tiba-tiba gadis itu berkata dia terasa ingin buang air besar dan memaksa pemandu teksi itu untuk segera berhenti.
 
Sehubungan itu, pemandu tersebut kemudian berhenti di tepi jalan dan membiarkan gadis itu membuang air di dalam semak.
 
Setelah lebih daripada 10 minit, gadis tersebut tidak muncul dan pemandu itu mula risau.
 
Dia kemudian membuat keputusan untuk mencari penumpang tersebut di dalam semak.
 
Setelah masuk di dalam semak, pemandu teksi itu terdengar tangisan bayi lalu pergi ke arah bunyi tersebut.
 
Sejurus tiba, dia terkejut kerana terlihat penumpangnya berlumuran darah pada bahagian tangan dan badan.
 
Lebih mengejutkan lagi, terdapat seorang bayi yang turut berlumuran darah di sebelah gadis tersebut.
 
Dalam pada itu, pemandu teksi yang sedar bahawa penumpangnya itu telah selamat melahirkan anaknya dengan segera menghubungi pihak polis dan ambulans.
 
Gadis tersebut dan bayinya kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan manakala pihak polis masih menjalankan siasatan dan mencari bapa kepada bayi tersebut.
 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.