FGV Jalankan Siasatan Dalaman Isu Salah laku Urusniaga

KUALA LUMPUR – Felda Global Venture Bhd. (FGV) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku urusniaga membabitkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad.

Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, FGV juga bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya diperlukan.

Beliau berkata, FGV juga telah memberikan surat kebenaran bercuti kepada tiga individu lain termasuk Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd. Karim sepanjang tempoh siasatan dalaman tersebut. -UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.