Dasar Tahfiz Diperkemas Seluruh Negara

MELAKA – Kerajaan akan memperkemaskan sistem pembelajaran tahfiz di seluruh negara bagi memastikan golongan huffaz mampu menyumbang kepada pembangunan negara dengan kepakaran pelbagai bidang kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, penyelarasan itu melibatkan aspek menyeluruh termasuk kurikulum dan pengurusan bidang pengajian sekolah tahfiz agar institusi itu lebih dihormati dan menepati keperluan semasa.

“Kita tidak mahu ada lagi tahfiz yang terbakar, tahfiz yang ada kes buli serta tahfiz yang ada kes warden pukul pelajar.

“Imej-imej yang tidak baik (tentang maahad tahfiz) harus diselesaikan dan kita mahu mengangkat dan mensyumulkan pengajian tahfiz agar lebih dihormati,” katanya, lapor Utusan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Bulan Ramadan bersama warga Kementerian Dalam Negeri peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Alami Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.