Berebut Siapa Jadi PM Lagi Memalukan Daripada TN50

Hairan bila mendengar kenyataan daripada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang mempersendakan program Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan menyifatkan ia sebagai memalukan , kononnya TN50 adalah program yang ketinggalan jauh kebelakang.

Beliau berkata demikian dalam temuramah dengan Sinar Tv.

Sepatutnya bukan TN50 yang memalukan sebaliknya pergolakan dalam Pakatan Harapan lagi memalukan. Apa tidaknya sehingga kini mereka sendiri belum dapat mencapai kata sepakat untuk memberikan nama calon Perdana Menteri.

Itu lagi memalukan kerana sampai sekarang mereka tidak dapat memberikan nama siapa yang akan menjawat jawatan itu. PKR misalnya terus konsisten bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula ada calon sendiri.

Jika tidak masakan Mahathir Mohamad mempertimbangkan untuk menjadi Perdana Menteri semula, selepas 22 tahun memerintah.

Itu yang memalukan. Isu sepenting itu pun masih belum dapat diselesaikan, inikan pula untuk mentadbir negara. Tidak ada salahnya TN50 dilaksanakan apatah lagi ia membolehkan perbincangan awam diadakan di setiap negeri melibatkan kumpulan tertentu.

Inilah masanya rakyat turut dilibatkan untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan negara.

Mungkin ia tidak nampak kesannya sekarang tetapi tunggulah beberapa tahun lagi di mana setiap aspirasi itu diambil kira dan dijadikan sebagai intipati dalam pembangunan negara menuju negara berpendapatan tinggi.

Sehingga Mei lalu, kerajaan telah menerima lebih 30,000 berkenaan TN50 sepanjang siri jelajahannya di seluruh negara.

Zuraidah perlu sedar bahawa TN50 bukanlah untuk dirinya tetapi demi generasi akan datang. Apa yang memalukan kalau ia dilaksanakan demi anak cucu kita semua?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.