Bekas Pengacara Program Televisyen Azizul Ammar Didakwa Hina Mendiang Bapa Watson Nyambek

SIBU – Bekas pengacara program televisyen didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membuat kenyataan menghina terhadap mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara.

Azizul Ammar Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan, 30, didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, lapor portal berita The Star.

Selain Azizul, produser program Sukan Tak Sentral, terbitan Primeworks Studios, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar turut didakwa atas pertuduhan yang sama juga di mahkamah berkenaan.

Mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Azizul Ammar secara sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei lalu kira-kira jam 11.30 malam di Hotel Medan apabila menyebut nama ‘Nyambek’ iaitu nama mendiang bapa Watson dalam keadaan menghina.

Perbuatan tersebut dilakukannya ketika menjadi pengacara pada program Sukan Tak Sentral yang disiarkan TV3. Majistret Saiful Sayoti melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua tertuduh turut diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes pada 4 Julai depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.