Artis Indonesia, Laudya Cynthia Bella Kini Berpacaran Dengan Engku Emran?

Artis Indonesia, Laudya Cynthia Bella alias Bella, 29, kini dilaporkan sudah mempunyai pacar baru dan khabarnya kekasih Bella adalah orang Malaysia dengan nama bermula dengan huruf E. Ia menyebabkan media Indonesia meneka pacarnya itu adalah Engku Emran, yang juga duda kepada Era Fazeira.

Apatah lagi banyak posting Bella dalam media sosialnya yang seakan-akan menjelaskan segala-galanya dan memperkuatkan lagi spekulasi berkenaan, lapor tribunnews.com.

“Im blessed and thank u Allah for Every day, Everything, and E,” tulis Bella dalam Instagramnya.

“Yaaaayyy congrats abang E,” tulis Bella dalam kolum komentar media sosial milik Engku Emran.

Sebaik sahaja Bella memuatnaik posting berkenaan, ia mendapat reaksi positif daripada peminatnya dan mereka mendoakan agar hubungan Bella dengan E akan berjalan dengan lancar, selepas kisah cintanya dengan Afie Kalla tidak kesampaian.

Sebaik mengetahui mengenai Engku Emran ini, media negara terbabit telah mencari latar belakang Engku Emran.

Bella adalah seorang model sebelum terjun ke dunia lakonan. Lakonan Bella dalam filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 telah menaikkan namanya di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.