Video: Hanipa Maidin Menangis Di Muktamar PAS

Kuala Selangor – Di sebalik ketegasan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Hanipa Maidin berbahas, terselindung perasaan sensitif.

 

Air mata jantan yang cuba ditahan, berkaca dan kemudian menitis sewaktu dia menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan Pas ke-61, pada Sabtu.

 

 

Kenangan bersama salah seorang petugas Pas, arwah Syed Mohamad yang meninggal dunia pada 2012 telah dibawa ke atas pentas.

 

Pada ketika itu, Hanipa bertugas sebagai peguam Pas dan selepas pilihan raya, beliau dan peguam-peguam Pas yang lain akan bergegas kumpul bukti untuk menghantar petisyen.

 

“Hampir dua minggu kami peguam Pas akan berkumpul di sebuah bilik di Taman Melewar. Syed Mohamad akan bantu saya membuat fotokopi dan air kopi..” katanya sewaktu ucapan penggulungan di Muktamar Tahun Pas ke-61 pada Sabtu.

 

Bagaimanapun, ucapan Hanipa terhenti seketika apabila beliau tidak lagi mampu menahan air matanya yang telah berkaca sejak awal beliau berucap lagi.

 

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Mad secara spontan bingkas bangun dan menghulurkan kotak tisu kepada Ahli Parlimen Sepang itu.

 

Tindakan Nik Abduh itu disambut dengan laungan takbir daripada perwakilan yang hadir.

 

Usai mengesat air matanya, Hanipa berhenti dan menangguhkan ucapannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.