Remaja Rugi RM500 Beli iPhone 6 Tiruan

Seremban – Seorang remaja ditipu RM500 oleh seorang yang tidak dikenali yang menjual iPhone 6 tiruan di pusat beli belah AEON di Seremban 2.

 

Ben Zaf memuat naik posting di Facebook menceritakan bagaimana dia didekati oleh seorang lelaki yang kononnya dari Taiwan yang cuba menjual iPhone 6 dengan harga RM800.

 

Apabila dilihat Ben Zaf tidak berminat dengan tawarannya itu, lelaki itu menurunkan harga hingga RM500 dan mengatakan dia perlukan wang untuk pulang ke negaranya.

 

“Saya terperanjat dia mahu jual iPhone 6 dengan harga RM500. Siapa yang tidak hendak?” katanya dalam Facebook.

 

Berminat, remaja itu terus membeli telefon bimbit berkenaan selepas melihat keadaannya, sekali lalu.

 

Selepas membayar, remaja itu cuba memasukkan kad sim ke dalam telefon bimbit yang baru dibeli tetapi tidak berjaya.

 

Dia terus ke kedai yang menjual iPhone berdekatan dan apabila diperiksa oleh juruteknik, dia mendapati bahawa itu adalah iPhone tiruan.

 

Ben menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak tertipu dengan individu yang mahu menjual telefon di jalanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.